10 Mei 2010

LIMA 'K'


Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan

dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah
di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik
corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia?
Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya
dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya..
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh
kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya... . Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa
juga perkara
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan