20 Mei 2010

Antara Dua Kasih Artist: UNIC Album: Satu Tekad Song Category: Nasyid

Antara Dua Kasih

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

10 Mei 2010

AN - Konsert 2 - Muslim Voice [Teman Sejati]


Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

PETUA-PETUA




PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN


CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri




LELAKI PILIHAN WANITA



1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab

2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang

3. Berpendirian teguh

4. Bersikap terbuka dan matang

5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita

6. Mempunyai sifat kepemimpinan.

7. Boleh berbincang dan berterus terang

8. Penyabar

9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas

10. Cerdik dan bijaksana

11. Peramah dan mesra

12. Kerjaya yang terjamin

13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.






PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN



Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah! bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran
juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akandatang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia aka! n meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.




PETUA-PETUA MENGHADAPI PERTENGKARAN



1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai
kan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membaw! a bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." danlain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkara! N kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suamiisteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena inia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.F. Petua memilih wanita idaman atau
perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan
keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri
dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanitaidamannya.



CALON-CALON ISTERI PILIHAN


1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

4 cara tidur



Ø TIDUR PARA NABI

ü Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi



Ø TIDUR PARA ULAMA’ DAN AHLI IBADAH

ü Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam


Ø TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

ü Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan



Ø TIDUR SYAITAN

ü Melengkup/ tiarap seperti tidur ahli neraka
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

LIMA 'K'


Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan

dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh
Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL
********
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam
istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi
dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah
di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik
corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau
bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi
"Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia?
Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya
dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya..
Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh
kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab
dengannya... . Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa
juga perkara
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..