25 Februari 2010

Sujudlah kepada Penciptamu!

Assalamualaikum warahmatullah,

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain.

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Hikmah sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
melegakan sakit hernia (burut)
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
melegakan paru-paru daripada ketegangan.
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
meringankan bahagian pelvis.
memberi dorongan supaya mudah tidur.
menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan.
pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.

Capaian entry berkaitan :

Kekenduran Rahim (Prolapse)
Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang
Kesilapan masyhur dalam sembahyang
Rahmat untuk suami isteri yang bangun malam
Indahnya solat subuh
Solat 'pendinding' daripada kemungkaran
Sejarah Solat 5 Waktu dan makna rakaatnya
Kalau dahi tidak mencecah sejadah
KATEGORi: Bicara Agama

--


Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

10 Februari 2010

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA


* Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
* Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
* Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
* Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.
* Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
* Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
* Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
* Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
* Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
* Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
* Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
* Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
* Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
* Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
* Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
* Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
* Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
* Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
* Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
* Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
* Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
* Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
* Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
* Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
* Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
* Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
* Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
* Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
* Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
* Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
* Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

08 Februari 2010

pesanan imam Ghazali

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri





Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah



Sebarkan kalu sayang pada islam>BAHAYANYA KARTUN POKEMONPOKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya??? POKEMON bermaksud saya yahudi,> PIKACHU
bermaksud jadilah seorang yahudi,>CHARMANDER bermaksud ALLAH itu
lemah(nauzubillah) ...... jadi.... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 chat
korang semua......> Protect Our Population Of Islam.... sumer org yg ade
yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni:
anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die cuba nak murtadkan org Islam. tolong
forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org
Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam





AMARAN :

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu....terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada.......



AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!



Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.



Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan



Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... ... Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin
saudaramu

Wassalama









--
~Beramal Kerana Allah~

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..