20 Mei 2011

Freedom


Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call


Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

02 April 2011

Exam 28 MAc until 8 April 2011

ASSAlamualaikum... alhamdulillah sempat lagi mengupdate blog.. time2 hot exam nih..
alhamdulillah segala puji bagi Allah da lepas 5 paper... hihiih.. Soklan yang agak boleh tahan.sume ade..susah ade.senang ade..heheheh.. bioleh la jawab... tapi berbeza dengan sem lepas..xdek la tension sgt sem ni nak menjawab yee...
sem ni tempat pekse dewan kuliah 5...heheh tempat tetap..tapi dengar2  bg subjek ulum quran dan hadis kat dewan utama... hehehhe..ok la jugak... xxdek la jauh sgt nak g jawab pekse.. Selepas je habis exam ni.. aku berpeluang merantau mencari ilmu dan pengalaman dalam ekspedisi dakwah ke Sabah anjuran kolej aku.. alhamdulillah dengan izin-Nya aku dapat pegi.. InsyaAllah niat Lillahi Ta'ala..kerana Allah.. betulkan niat kite..pegi sana bukan nak main ke seronok ke.. dakwah megajak ke jalan kebenaran yang hakiki.. Iaitu Islam..
Islam itu syumul..hehhehe..

Okeh laaa.. itu shje ... yang boleh dikongsi bersma.. Assalamualaikum...

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

17 Februari 2011

~~Pengalaman Sepanjang Semester ni..~~~

Assalamualaikum kepada Sahabat semua sekalian.. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku meng'update ' blog hari ni... Banyak yang ingin dikongsikan.. Selama tidak meng' update' blog ni banyak pengalaman yang di hadapi.. Alhamdulillah serba sedikit pengalaman yang inigin dikongsikan....


21 Januari 2011 (Jumaat)

Hari ni adalah hari Pembukaan Program Minggu Dakwah dan Penghayatan Islam 2011 anjuran Jabatan Dakwah Dan Pengurusan iaitu jabatan aku sendiri. ini diadakan selama 3 hari.. dan hari first aktivitinya adalah sangat menarik...iaitu aktiviti pembandingan agama, melawat Gereja Methodist English Di Kuantan.. 2 buah bas kami hantar.. 4orang pensyarah mengiringi.
Aku pun pegi jugaklah sebab aku ditugaskan untuk menyerahkan cenderahati kepada 
'Father"..  hadiah dan sijil penghargaan.. Mula2 kami diberi taklimat di Bilik kuliah gereja tersebut tentang sejarah Methodist pada asalnya.. Memang agak memeningkan untuk difahami..
ade jugak student bertanya.. Tp ade jugak soalan yang menyentuh sikit.. Hemmm... aku rase agak panaz sikit mase tuh.. Tapi nak buat macam mane.. Alhamdulillah Father xdek cakap ape2.. senyum aje...



Then..selepas je taklimat tu Father tu bawak kami pegi ke ruang utama solat orang Kristian..
Tempat ye hanya biasa.. Pensyarah aku ade kate ade lagi satu gereja yang lagi hebat...(Yekot)
sbb dalam gereja tu dikelilingi oel patung2.. macam yang aku pg ni juz bese2 je...
Yang ade yang simbol 'T'... uhuhuhu... Kat kerusi tuh ade terselit sebuah buku...
bukan sebuah jela...setiap kerusi tu ade disediakan yg dikatekan kitab..
Mule2 pk kitab injil tp ia hanyalah kitab nyanyian d0rang... macam ade koir la..hehehe





Aku pergi tempat ni sebab sem depan aku memperlajari Ilmu perbandingan agama...
Minat r bab ni...heheheh.. Semoga Allah kuatkan iman aku untuk menyebarkan agama tercinta Aku ISLAM>>>...
dan selepas tuh kami balik dahh....

13 Februari 2011

Seperti yang kite tahu 14 Feb Hari Valentine's day yang disambut oleh kekasih2 atau couple2 kat dunia... hari tu mmg xplan ape2...ahahahah
Ade seorang sahabt baik aku foward message invite pegi join edar risalah di bandar Kuantan...
Alhamdulillah mmg anagan2 aku selame nih... Dapat jugak aku g dengan kawan2 aku yang lain.. Mule2 serbu ke Terminal..Memang agak lengang sikit.. sahabat aku yang seorang ni dengan berani ye dy edar risalah...hehhe aku juz merakam gerak geri d0rang...
haaa.. lupe nak cakap aku pegi gan pensyarah kesayangan... Cewaah,,,,hehehhe...
 Dan selepas tuh... kawan aku suh plak p Teluk Cempedak.. Tempat sasaran yang agak... Fuhhhh... kalo korang tgok... Astagfirulllah.. Ramai ye la orang....
 Tibe2 (dengan nada suspen).... Ade nampak la seseorang ni yang aku kenal tengah wat operasi cegah maksiat.... Laaa.... My uncle upenye yang bakal bekerja denganku nanti..
huhuhuhuhu... Ape lagi aku bodek la uncle aku tuh... 
pak cik n da geng tengah buat operasi bersama JAIP... then aku n kawan2 follow la d0rang...
mmg x disangke ade gak yang dapat ditangkap berdua-duaan..Astagfirullah..
Nauzubillah....





da la tempat yang kat hujng skli tuh...aduyaaiii... xpikir d0sa ke dorang neh???!!!
itu lah remaja sekarang.. Macam2...
haaa... ade satu ag ujian ye... Aku dan kwn2 pegi la jalan2...tgen diperrli oleh s0rang laki neh.. " Tudng labuh w0oo..!!!! "...huhuhuh
Sabar jela...hehehhe...
Dan kami ingtkan nak teruskan ke Taman gelora dan X=Planet tp mase pulak yang xmengizikan,,,
Alhamdulillah itulah pengalaman aku....serba sedikt untuk dikongsi...
Sekian....



Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

26 Januari 2011

~bicara musibah~








Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa inna Ilaihi raji'un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. (QS. Al-Baqarah: 155-156)

Minggu ini saya menerima berita tentang beberapa kenalan jatuh sakit dan didoakan agar Ustazah Amirah cepat sembuh dari serangan Denggi.(saya rindu nak masuk kelas arab) dan buat kakak, abang & adik yang sedang sakit jua turut didoakan agar cepat sembuh.

insyaAllah,amiennn.

kita selaku umat beragama perlu merenungi, muhasabah akan segala kejadian yang berlaku ke atas diri kita & persekitaran. Ada hikmah disebalik segala "musibah" dan kejadian tersebut.

Bila berbicara tentang musibah, dalam khazanah kefahaman tentang keilmuan Islam disebutkan bahawa terdapat dua macam musibah dan terdapat kaedah yang terbaik untuk kita menghadapi musibah tersebut.

Pertama, musibah yang di luar pilihan kita sebagai manusia.

Contohnya adanya penyakit yang menimpa seseorang atau terjadinya kematian.

Terdapat beberapa ragam/reaksi keadaan manusia dalam menghadapi musibah.

(1) Ada manusia yang lemah sehingga ia nampak gundah dan sedih, serta ia suka mengaduh dan mengeluh, bahkan merasa tidak suka atau benci akan musibah yang dihadapinya;

(2) ada yang sabar,;

(3) yang lebih tinggi dari bersabar adalah redha atau menerima dengan rela hati akan musibah;

(4) ada juga yang syukur, dan ini merupakan makam(kedudukan) yang paling tinggi.

Kategori musibah kedua, adalah musibah yang mengenai seseorang karena perlakuan orang lain.

Contohnya perbuatan zalim dan merampas harta.

Sementara itu, ragam/reaksi tindakan manusia ketika menghadapi musibah kategori seperti ini, selain ragam/reaksi seperti yang dinyatakan di atas, ditambah dengan berikut:

(1) memaafkan;

(2) hati bersih dari ingin membalas dendam;

(3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya;

(4) berusaha untuk menghadapi(memperbaiki) pelbagai aspek yang menjadi sebab timbulnya musibah dan mengatasinya,

"KELUH RESAH dan GUNDAH itu sahabat karib dan saudara kepada SIKAP LEMAH, sedangkan SABAR itu saudara kandung dan sahabat kepada KECERGASAN AKAL."

wallahu'alam

http://razifmohamed.wordpress.com/


Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

20 Januari 2011

Antara Dua Kasih


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?
from Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan by Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).






Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...
- Diera -

JAWAPAN

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

* Aurat wanita apa sudah jadi?

* Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

13 Januari 2011

Hanya Tuhan Yang Tahu



Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang


Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

31 Disember 2010

Disebalik kisah surah An-Nahl ayat 92 berkaitan jodoh.

Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali...”

Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu. Mari kita hayati kisah disebalik ayat ini.

"Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri. 

Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya. 

Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..?

Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apa­san dan kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergi­an suami yang tidak tentu ke mana perginya.

Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus buku benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur'anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma'­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali...”

Yang dimaksud Al­Qur'an dengan 'wanita pengu­rai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum ter­sebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:

“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita un­tuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen­diri telah berfirman:

"Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186)


Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,
"Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap 'sabar' dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,

"Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. 

Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. 

Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.

"Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila sasau'. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:
Tuhanku Dalam termangu. 
Aku masih menyebut namaMu 
Walau susah sungguh Mengingat 
kau penuh seluruh 
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk 
Tuhanku Di pintuMu aku me­ngetuk 
Aku tidak bisa berpaling 
(dari petikan puisi ‘DOA’ - Khairil Anwar)

sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua'lam bisshawab...



Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

21 Disember 2010

Nota Statistik

Assalamualaikum...ni adalah nota2 statistik...kamu sume boleh download kat link ni..
Bab 2 dan Pemerihalan Data.. ok?? tenkiu...Wsalam...

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

19 Disember 2010

Tugasan makin Bertambah

Assalamulaikum..bertemu kite dalam laman blog ni...
Pada pagi yang mulia ni...nak dikongsikan pengalaman bersama2 sahabat2 semua...
Kerja dan tugasan yang makin bertambah...amat merisaukan dan memenatkan....
Minda berfikir bagaimana untuk menyiapkan kerja2 itu semua walaupun niat itu dah pasang awal2....
 Dengan masalah charger lapt0p yang masih belum selesai...menghalang niat untuk membuat asgment..
Kali ini tugasannya amat mencabar bagi diriku...
Tugasan melakukan tazkirah di hadapan student2 dakwah tahun 2...memang mencabar akal dan minda..
Seterusnya kene rakam video dan bagi Ustaz,,,
Selain itu juga..asgment bertulis juga tak ketinggalan...

Tajuknye agak susah la jugak... Lebih2 lagi subjek Ulumul Al-Quran Dan Hadis..
Risau jugak bile xsiap asgment2 ni semua.....
Then .. Cerita tentang study ke Indonesia ....
Memang harapan daku ingin melanjutkan ke Indonesia selama Stahun setengah sahaja dalam Bidang Ijazah Dakwah....Memang sekejap sahaja...
Aku memang benar2 mengaharap..tetapi tentangan keluarga yang daku terima..
Mereka berfikiran bahawa di sana macam2 boleh berlaku...
Aku berdoa supaya Allah membuka pintu hati my Ibubapa Ku supaya aku dapat belajar di sana...
InsyaAllah...Ind0n Tunggu Daku Di sana...Cewahhh.... :)
Selain itu jugak...setiap student jugak kene create one blog...hhahahhaa..
perkare senang bagiku..tetapi..nak membuatnye malas pulak....
Alhamdulillah...inilah hasil blog yang kedua.. Blog keDuaKu
Ianya hanya simple sahaja...Isi tiada lagi..tunggu bile idea menjelma macam sekarang...
Time2 subuh la Idea bernas sahaja...
Sampai di sini sahaja celoteh nye di pagi subuh ni...Mate dah berat 4 kilo..hahha
mengant0k...Sekian... Wsalam wrth... Allahuakbar!!!!!



Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

12 Disember 2010

Subjek Tahun 2 Semester 4 bagi Jabatan Dakwah Dan pengurusan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

TIME KELAS LAST GAN MADAM ANIZA...


Assalamualaikum....
Alhamdulillah akhirnya dah sampai ke kolej pada petang Rabu..
sampai2 je kolej terus Daftar sebab xnak kene kompaun....
hihihih.. Result alhamdulillah jugak walaupun menurun......Syukur ape yg kite dapat...
Then seterusnya bilik hostel dapat paling tinggi tempatnye.. A 413..bilik bertuah...hahah 
Haduyaiii... semput la selalu bile nak ke kafe ke class ke....
Ni kene kuat exercise la....baru la xsemput...masih lagi sebilik gan kak Hanim & kak Jihah....
Rase cam xcye suda masuk sem4..tinggal agi 2 sem untuk aku menghabiskan sisa2 hidup kat kipsas ni...
Mungkin bulan 4 tahun 2012 dah abis....heheheh..Tapi kalau diikutkan satu sem ag la...sem 6 insyaAllah mungkin praktikal....hhuhu...xsabar ye.. Ade rezeki sambung degree kot...Doa2 la kejayaan saye ye,,,
heheheh...ha subjek bagi sem ni boleh tahan la jugak..then ade lak sbjek kesukaan Ku....
Iaitu Statistik Pengurusan..sebab ade kire2...suke sangat la ade kire2...
 Inilah list subjek Semester 4
  1. Islam dan Ideologi Semasa (2)
  2. Pembangunan Minda Dakwah(2)
  3. Media Dakwah(2)
  4. Pengucapan Awam(2)
  5. Arab Lid Dakwah(2)
  6. Usrah Dan Halaqah(1)
  7. Ulum Alquran Dan Hadis(3)
  8. Statistik Pengurusan(2)
  9. tokoh-tokoh Dakwah(2)
  10. Tahfiz dan Qiraat(2)
Pensyarah2 pun boleh tahan jugak.... Tapi semester ni lain la skit...
Sebab da banyak pegang Jwatan..Da d0rang lantik...InsyaAllah Cube sekadar yang mampu..
Jawatan yg disandang Exco Penerbitan Jabatan Dakwah bagi sesi 2010/2011,pastu jadi Ajk bagi Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar KIPSAS bagi sesi 2010/2011...fuhh..Dan Exco Teknikal bagi HELWI KIPSAS....huhuhu...berat t0l keje ye,..tP insyaAllah dapat buat yang terbaik...Dan ade la lagi ajk2 lain...
Sem ni kene la bahagikan mase betul2.naikn Pointer...(^_^)...
Semoga semester ni dapat buat yang terbaik.... Dakwah adalah hidupku..
Wasalam wrth..... Salam ukhuwah... (^_^)

Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..

09 Disember 2010

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA WAHAI MUSLIMAH??

Hawa....
Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian tapi hanya sebentar jadi santapan kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. menjadi mutiara sukar di temukan namun bila di hias indah gadis perawan hilang ia... tangisan mengiringi berzaman..^_^

MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA??? 
Terima Kasih Kerana membaca.Senyum Sokmolah ye..Jazakallah..